SHAH ALAM: Kadar jenayah di Selangor menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini kepada 5,779 kes jenayah berbanding 5,484 kes yang dicatatkan tempoh sama, tahun lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga.
"Bagaimanapun tidak perlu diresahkan kerana peningkatan ini masih dalam keadaan terkawal dan jumlah jenayah ini masih di bawah paras yang ditetapkan oleh Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jumlah itu masih di paras rendah," katanya pada sidang media selepas Program Kesedaran Autisme PDRM Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Hussein berkata dalam usaha mengekang peningkatan kes jenayah di negeri itu, pihaknya akan meningkatkan jumlah rondaan serta kempen di sekolah kawasan bersasar dan titik panas selain mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan dan swasta.
Ketika ditanya perkara yang mendorong kanak-kanak dan pelajar terjerumus dalam jenayah seksual, beliau berkata pihaknya percaya pendedahan dan juga akses berlebihan kepada sosial media antara punca utama selain kurang kawalan dan kesedaran daripada ibu bapa.
POLIS-JENAYAH 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Mengulas mengenai seorang lelaki yang mati ditembak berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat bulan lepas, Hussein berkata elemen pergaduhan, dendam dan kongsi gelap antara motif disiasat oleh pihaknya.
"Siasatan mendapati mangsa terlibat dalam aktiviti pemerasan serta kegiatan lain melibatkan kongsi gelap. Polis percaya mangsa juga dipercayai ahli kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan pemerasan.
"Pihak kami sedang melakukan siasatan lanjut termasuk mengumpul keterangan selain beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah dianalisis," katanya.
Mengenai program hari ini, Hussein berkata pihaknya bercadang untuk menubuhkan pusat autisme sendiri di IPK Selangor, bagaimanapun cadangan itu masih diperingkat awal dan memerlukan kajian mendalam supaya realistik dan praktikal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Hussein Omar Khan berkata antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga. - Gambar fail
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus
Antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga.